Kepada Yang Hampir Menjadi Kristian

Bukan semua yang mengaku percaya kepada Kristus benar-benar mengikut Dia. Bukan semua yang mengungkapkan kata-kata Kristian sebenarnya mengenali kebenarannya. Beberapa amaran dalam Kitab Suci (misalnya Ibr. 2:1–4; 3:7–4:13; 1 Yoh. 2:19), termasuk kata-kata Yesus sendiri (misalnya Mat. 7:23; 25:41; Luk. 13:27), mengingatkan kita bahawa seseorang boleh kelihatan seolah-olah mempunyai hubungan peribadi dengan Yesus dan menikmati komuniti Kristian yang erat, namun pada akhirnya tidak mendapati tempat di syurga.

Apabila Usaha Diri Mengambil Alih

Ada antara kita yang sedar akan tentang siapa Yesus sebenarnya. Kita melihat betapa berat dosa kita.

Kita tahu bahawa dosa bukan sekadar masalah umum, tetapi sesuatu yang berakar dalam hati kita sendiri. Kita boleh setia kepada pengajaran Alkitab, mengangguk kepala sambil setuju dengan apa yang kita dengar, bahkan bersetuju sepenuhnya tentang betapa dalamnya kita memerlukan penebusan.

Namun tepat pada saat itulah kita sangat cenderung untuk berpaling ke arah yang salah. Kita mula bergantung kepada usaha sendiri.

Kita mula berkata, “Baiklah, saya memang bermasalah, saya sudah berdosa, saya seorang pendosa, saya layak menerima hukuman Tuhan. Jadi biar saya selesaikan ini seperti saya selesaikan perkara lain: saya akan berusaha keras dan membetulkannya. Saya akan mula menghadiri lebih banyak aktiviti Kristian, saya akan bertutur dalam bahasa yang seringkali dipakai oleh kalangan orang Kristian, dan saya akan berusaha sedaya upaya.”

Hanya di dalam Kristus, hukuman kita dihapuskan dan dosa kita diampuni. Hanya di dalam Kristus yang berdiam dalam hati manusia melalui Roh-Nya, dan Dialah yang memberi kita kemampuan untuk hidup dengan cara yang menyenangkan hati-Nya.

Tetapi usaha sendiri akhirnya hanya membawa kita kepada dua keadaan: kesombongan, apabila kita meyakinkan diri bahawa kita sedang melakukannya dengan baik; atau keputusasaan, apabila kita sedar bahawa walau sebanyak mana pun kita berusaha, usaha kita tetap tidak akan mencukupi

Pengalaman sebegini menyingkapkan bahawa kita sebenarnya belum menyedari bahawa hanya di dalam Kristus hukuman kita dihapuskan dan dosa kita diampuni. Hanya di dalam Kristus, Tuhan berdiam dalam hati manusia melalui Roh-Nya, dan Dialah yang memberi kita kemampuan untuk hidup dengan cara yang menyenangkan hati-Nya.

Akar dan Buah

Salah satu kesilapan terbesar yang boleh kita lakukan ialah mengelirukan akar dengan buah. Alkitab sangat jelas bahawa Tuhan menghendaki kita hidup selaras dengan Injil (Ef. 4:1; Kol. 1:10; 1 Tes. 2:12) - hidup yang kudus dan benar

Namun kehidupan yang semakin dikuduskan sentiasa merupakan buah penyelamatan, bukan akarnya. Akar yang sebenar ialah pekerjaan Kristus yang telah diselesaikan dan iman kita kepada-Nya; dan akar inilah yang menghasilkan buah kekudusan yang sejati.

Mungkin kedengaran seperti kata basi, tetapi pertanyaan penginjilan ini boleh membantu kita menilai keadaan hati kita: “Jika pada hari ini juga anda meninggal dan berdiri di hadapan takhta penghakiman Tuhan, adakah anda akan diterima oleh-Nya?” Bagaimana anda menjawabnya? Adakah fikiran anda segera tertumpu kepada diri sendiri dan kelayakan anda? Atau adakah anda terus menunjuk kepada Kristus?

Sejujurnya, kita tahu bahawa segala usaha terbaik kita tetap tidak mencukupi di hadapan Tuhan. Namun kerana siapa Yesus itu, kerana segala yang telah dilakukan-Nya, dan kerana kita bersandar kepada-Nya sebagai Juruselamat, kita boleh mendekati gerbang itu dengan keyakinan yang teguh.

Ujilah Dirimu

Walaupun Amerika semakin kurang berpegang kepada iman Kristian, gereja-gereja masih dipenuhi ramai yang hanya “hampir-Kristian”. Kita mudah hanyut dalam komuniti gereja, menyanyi lagu pujian, mengikuti semua aktiviti, lalu perlahan-lahan menganggap diri kita memang seorang Kristian, tanpa benar-benar mengingati bila kita mula berfikir begitu.

Namun kita perlu sedar bahawa di syurga, tidak ada keanggotaan melalui persatuan. Seorang “hampir-Kristian” mungkin hampir sampai ke syurga. Tetapi hampir tidak akan pernah mencukupi.

Anda tidak mampu menolong diri sendiri, tetapi anda juga tidak perlu kekal jatuh, kerana Kristus akan memikul anda. Apabila anda menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada-Nya, Dia akan membawa anda pulang sepenuhnya ke rumah kekal di pantai syurga.

Sebagai orang Kristian, anda harus berani mengajukan pertanyaan-pertanyaan sukar kepada diri sendiri, menurut arahan Paulus kepada jemaat Korintus: ““Ujilah keteguhan imanmu; periksalah dirimu sendiri. Tidakkah kamu tahu Kristus Yesus ada dalam dirimu? Kecuali kamu gagal.” (2 Korintus‬ 13‬:5‬ AVB)

Ujian ini mungkin mencabar untuk dilaksanakan, tetapi akhirnya semuanya bermula daripada satu pertanyaan utama: Adakah anda sedang bersandar kepada diri sendiri, atau bergantung sepenuhnya kepada Yesus Kristus? Dengan kata lain, adakah Kristus menjadi sumber pengharapan dan kekuatan anda? Adakah anda mengakui bahawa hanya Dia yang benar-benar layak, dan anda tidak akan pernah mampu mencapai kelayakan itu? Adakah anda mengaku bahawa walaupun dosa anda membawa anda kepada keputusasaan, Kristus mampu menyucikan anda?

Inilah keindahan Injil: anda tidak mampu menolong diri sendiri, tetapi anda juga tidak perlu kekal jatuh, kerana Kristus akan memikul anda. Apabila anda menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada-Nya, Dia akan membawa anda pulang sepenuhnya ke rumah kekal di pantai syurga.

Artikel ini diadaptasi daripada khutbah “To the Almost Christian" oleh Alistair Begg.

返回博客