跳至产品信息
1 / 1

Dibentuk Oleh Injil

Dibentuk Oleh Injil

作者: Timothy Keller

常规价格 RM24.90
常规价格 促销价 RM24.90
促销 售罄

如果您想订购 50 份以上,请通过 info@greenhousepublishing.com 联系我们。

取货地点:

- Triune Center @ KL Eco City (Pick Up Hours: Tuesday - Thursday 10AM-4PM)

- Canaanland @ Ara Damansara (Pick Up Hours: Monday - Saturday 10AM-7PM)

一般 2-4 天内可取

APAKAH ITU PELAYANAN YANG BERPUSATKAN INJIL?

Ramai pemimpin Kristian pada hari ini bergelut untuk menyesuaikan diri dengan budaya pasca-Kristian yang semakin berkembang tanpa mengorbankan teologi yang ortodoks. Bagaimanakah kita dapat menyampaikan konsep dosa, kasih kurnia, dan pendamaian dosa dalam budaya serta konteks kita?

Dalam Center Church, sebuah buku yang telah memenangi anugerah, pastor dan pengarang terlaris Timothy Keller menggariskan visi teologi untuk pelayanan yang berpusatkan tiga buah komitmen utama: Injil, Kota, dan Gerakan. Dalam Dibentuk oleh Injil (judul asal: Shaped by the Gospel), Timothy Keller merumuskan kebenaran penting dan pola asas bagi Injil. Daripada pemahaman ini lahir suatu visi bagi pelayanan yang berpusatkan Injil—bukan ditakrifkan oleh agama mahupun kepercayaan bukan agama, tetapi oleh sesuatu yang berbeza sepenuhnya—iaitu satu cara untuk menjalin hubungan dengan Tuhan melalui kasih kurnia. Keller membincangkan sifat Injil serta bagaimana pemberitaan dan pelayanan Injil yang setia dapat membaharui kehidupan individu dan masyarakat. Perbincangan ini akan memberikan pencerahan kepada para pastor, kakitangan gereja, dan pemimpin gereja untuk meneroka cara-cara yang baharu dan bersemangat untuk menyampaikan Injil yang bersejarah dalam konteks kita pada zaman ini.

Edisi ini memuatkan bahagian pertama daripada isi kandungan buku Center Church dalam format yang mudah dibaca, berserta renungan daripada dua orang penyumbang—Michael Horton dan Dane Ortlund—yang mengupas hubungan antara hukum dan Injil serta keperluan untuk mengembalikan doktrin penyatuan dengan Kristus, disertai dengan respons yang mendalam daripada Timothy Keller.

TIMOTHY KELLER ialah pengasas dan pastor kanan bagi Redeemer Presbyterian Church di bandaraya New York dan pengarang buku-buku terlaris seperti The Reason for God dan The Prodigal God. Beliau telah membimbing para penanam gereja muda di kawasan bandar serta para pastor di New York, termasuk bandar-bandar lain melalui jaringan Redeemer City to City, yang telah membantu perintisan lebih daripada 350 buah gereja merentasi lima puluh buah bandar setakat ini.

作者: Timothy Keller
类别: Church Ministry
出版商: Greenhouse Publishing
事工: Redeemer City to City
国际标准书号: 9786297740140
发布日期: 2025-02-26
封面: Softcover
重量: 0.297 kg
查看完整详细信息