Keutamaan Alkitab Bagi Ibu Yang Berkenan Kepada Tuhan

Lebih daripada seratus tahun yang lalu, sejurus sebelum tercetusnya Perang Dunia Pertama, Kongres meluluskan satu resolusi untuk menghormati para ibu pada hari Ahad kedua setiap bulan Mei. Sepanjang satu abad yang lalu, kita meraikan Hari Ibu sebagai satu hari penghormatan terhadap institusi keibuan yang unik dan kudus.

Namun pada hari ini, masyarakat kita semakin keliru tentang peranan seorang ibu. Ada suara berpengaruh yang memandang rendah keibuan atas nama kebebasan. “Rumah,” kata mereka, “adalah penjara anda. Bebaskan diri daripda penjara rumah itu dengan bekerja di luar.” Pada masa yang sama, wanita yang memilih keistimewaan menjadi ibu tidak selalu dihargai sebagai anugerah yang kudus dan indah kepada manusia, seperti yang dinyatakan oleh Injil.

Sebagai jawapan kepada kekeliruan ini, Alkitab menegaskan bahawa kebebasan yang hanya tersedia melalui Yesus Kristus merangkumi semua aspek kehidupan kita, termasuk segala sesuatu mengenai kehidupan seorang ibu.

Salah satu kesalah fahaman terbesar tentang Perjanjian Baru ialah anggapan bahawa ia merendahkan martabat wanita. Hakikatnya adalah sebaliknya. Keseluruhan kesaksian Alkitab memperlihatkan peranan wanita yang membebaskan, bermula dari taman Eden, melalui pelayanan Yesus, dan seterusnya. Berbeza dengan budaya Yunani, Rom, dan Yahudi pada waktu itu, iman Kristian yang radikal inilah yang mengiktiraf hak kemanusiaan wanita sepenuhnya.

Dalam suratnya kepada Titus, Paulus memberikan gambaran tentang peranan wanita, khususnya para ibu, dalam gereja abad pertama. Tentang wanita yang lebih tua di bawah tanggungjawab pastoral Titus, Paulus menulis bahawa mereka harus “Dengan demikian dapatlah perempuan yang lebih tua membimbing perempuan muda supaya mengasihi suami dan anak-anak, pandai mengawal diri, suci, menjadi suri rumah yang rajin, baik hati, dan taat kepada suami. Maka tidaklah dapat orang mencela perkhabaran Allah” (Titus‬ 2‬:4‬-5‬ AVB‬‬‬‬‬‬).

Wanita yang dimaksudkan oleh Paulus ialah wanita yang sudah berpengalaman selama bertahun-tahun dalam hal kehidupan dan keibuan. Mereka berpeluang berkongsi hikmat dan pengalaman yang telah mereka hayati kepada ibu-ibu muda yang baru pertama kali membina rumah tangga. Oleh itu, kita perlu memberi perhatian yang khusus kepada keutamaan-keutamaan dalam keibuan yang Paulus tekankan. Pertanyaannya ialah: apakah perkara-perkara yang keutamaan ini tunjukkan tentang peranan kudus seorang ibu dalam Kerajaan Tuhan?

Kasih kepada Suami dan Anak-anak

Para ibu perlu diajar terlebih dahulu untuk “mengasihi suami dan anak-anaknya.” Efesus 5:25 memberitahu kita bahawa para suami harus mengasihi isteri mereka, dan di dalam Titus kita melihat arahan yang sebaliknya diberikan kepada para isteri.

Budaya kita sering menyampaikan melalui lagu dan filem popular bahawa kasih hanyalah satu emosi. Namun pengertian ini sangat berbeza daripada pengertian Alkitab. Alkitab memberitahu kita bahawa antara iman, harapan, dan kasih, “yang paling utama ialah kasih” (1 Korintus 13:13 AVB), dan kasih itu tetap ada apabila hampir segala-galanya berlalu. Jika kita tidak mempunyai kasih, itu langsung tidak bererti (1 Korintus 13:2). Oleh itu, kita memang perlu diajar untuk mengasihi.

Alkitab mengajar kita bagaimana mengasihi seperti yang Tuhan kehendaki, dan apabila kasih seperti itu tidak ada, tiada perkara lain yang dapat menggantikannya.

Alkitab mengajar kita bagaimana mengasihi seperti yang Tuhan kehendaki, dan apabila kasih seperti itu tidak ada, tiada perkara lain yang dapat menggantikannya.
Alkitab mengajar kita bagaimana mengasihi seperti yang Tuhan kehendaki, dan apabila kasih seperti itu tidak ada, tiada perkara lain yang dapat menggantikannya. Jika seorang isteri tidak dapat mengasihi keluarganya seperti yang Tuhan kehendaki, tiada kejayaan kerjaya yang dapat menutup kekurangan itu. Rumah yang mahal juga tidak akan membantu. Sebaliknya, kasih yang berkenan kepada Tuhan akan menopang kita apabila kerjaya berada dalam bahaya dan ketika kehidupan terasa hancar. Oleh itu, bagi para ibu, membenamkan diri dalam Firman Tuhan harus menjadi keutamaan, supaya mereka dapat lebih baik belajar mengasihi menurut cara Tuhan.

Pengawalan Diri dan Kekudusan

Apakah lagi keutamaan bagi isteri? Mereka bukan sahaja harus mengetahui bagaimana “mengasihi suami dan anak-anak,” tetapi juga “mengawal diri” dan “menjaga kekudusan.”

Semua hal tersebut merupakan keperluan bagi semua orang Kristian, terutama mereka yang berada dalam barisan kepimpinan. Jika ditanya pada ibu sendiri, mereka akan memberitahu bahawa dalam setiap aspek keibuan-masa, pengurusan rumah, penjagaan anak-anak dan sebagainya memerlukan tahap kawalan diri yang tinggi. Mereka mesti menjaga rasa amarah dan hati mereka dalam tekanan sebagai ibu. Semua ini memerlukan kawalan diri, yang merupakan kunci kepada kesihatan rohani.

Ibu juga mesti tetap kudus di tengah-tengah generasi yang mudah tergoda. Mereka mesti menunjukkan kesetiaan yang unggul kepada suami dan anak-anak - kesetiaan yang berasal daripada komitmen mereka kepada Tuhan. Keutamaan keluarga tidak boleh dicabar oleh perkara duniawi dan itu bermakna mengekalkan kesucian.

Kesibukan di Rumah dan Kebaikan Hati

Seterusnya, surat Paulus memberitahu kita tentang keutamaan untuk sibuk di rumah dan mengekalkan kebaikan hati. Budaya kita mungkin ingin menafikan peranan utama wanita dalam mengekalkan rumah tangga yang berkenan kepada Tuhan. Tetapi kekuatan komuniti dan negara banyak bergantung pada integriti rumah-rumah tangga kita sendiri, dari situlah anak-anak kita berkembang untuk generasi seterusnya. Melakukan semua yang perlu di rumah pasti akan membuat mana-mana ibu sibuk. (Jika anda berasa ragu-ragu, tanya sahaja seorang ibu!) Jadi, jauh sekali kita percaya atau menyebarkan pembohongan bahawa kesibukan mengurus rumah atau keluarga adalah “kurang penting” daripada tugasan yang lain.

Kita perlu sedar bahawa pola ini tidak sentiasa mudah dilaksanakan. Ramai ibu tunggal, contohnya, mungkin tidak dapat bermegah dengan peluang kerjaya mereka; sebaliknya, mereka inginkan kebebasan untuk membina rumah bagi anak-anak mereka pada siang hari. Situasi ini menekankan kebenaran Firman Tuhan dan kepentingan peranan gereja setempat dalam mengasihi serta menyokong pelbagai jenis keluarga.

Tetapi mengapa kebaikan hati disebut di sini? Utarakan soalan ini pada suami! Pada suatu ketika, ramai suami telah ditugaskan menjaga rumah ketika isteri mereka tiada, dan dalam beberapa minit sahaja, rumah boleh menjadi huru-hara. Suami-suami ini akan mengakui bahawa pengalaman itu membuatkan mereka menghormati isteri mereka dengan lebih banyak terutamanya apabila isteri tetap bersikap baik hati walaupun berada di tengah-tengah kekacauan di rumah! Salah satu manifestasi terbesar kasih kurnia Tuhan dalam diri seorang wanita ialah apabila dia berada di bawah tekanan, dia dapat mengekalkan ketenangan dan wajah yang penuh kasih.

Ketaatan Kepada Suami

Keempat, isteri harus “taat kepada suami sendiri.” Kita tidak dapat hidup seperti yang Tuhan kehendaki tanpa kesetiaan kepada prinsip ini. Apabila isteri gagal dalam hal ini, kesan domino berlaku, dan setiap aspek rumah turut terjejas. Ini adalah sebahagian daripada susunan Tuhan bagi rumah tangga.

Sudah tentu, kita mesti memahami keajaiban kesamaan kita di hadapan Tuhan, seperti yang diterangkan dalam Galatia 3, tetapi kesamaan itu tidak menafikan peraturan Tuhan bahawa bapa dan suami adalah pemimpin rohani di rumah, dan isteri serta ibu harus taat kepada kepemimpinan itu.

Ini mungkin kedengaran terbalik atau ketinggalan zaman dalam dunia moden. Namun, cara hidup kita hari ini boleh dibandingkan dengan perjalanan di mana kita sesat: kita pasti mengikuti arah yang betul, tetapi akhirnya tersesat. Bila menoleh semula, kita dapati papan tanda telah diputar di persimpangan, dan kita mengambil jalan yang salah tanpa sedar.

Itulah cabaran yang dihadapi oleh isteri dan ibu masa kini dalam membina rumah Kristian: dunia telah memutarkan papan tanda. Ibu mempunyai hak istimewa untuk membetulkannya, menunjukkan jalan kepada Kristus setiap langkah.

Potensi Ajaib Keibuan

Di penghujung Titus 2:5, Paulus berkata bahawa jika kita dapat melakukan semua ini, Firman Tuhan tidak akan dihujat oleh orang. Alasannya mudah: kita adalah “Alkitab” yang akan dibaca oleh ramai orang. Mereka mungkin mempunyai Alkitab di rak buku, tetapi jarang membuka dan membacanya.

Kita yang hidup menurut kebijaksanaan Firman Tuhan sedang meneladani Firman itu untuk orang lain. Apabila kita mengikuti hikmat Tuhan iaitu membina rumah tangga yang kukuh dan menunjukkan contoh yang kuat dalam perkahwinan dan keibuan, sesuatu yang menakjubkan berlaku: orang lain akan kagum. Mereka melihat perbezaan hidup kita dengan mereka, dan penghormatan kepada kita beralih kepada penghormatan kepada cara Tuhan.

Ibu merupakan salah satu papan tanda terbesar yang Tuhan pasang di bumi ini.

Ibu merupakan salah satu papan tanda terbesar yang Tuhan pasang di bumi ini.
Pastinya, salah satu saluran terbesar yang berkesan untuk impak Injil ialah keibuan. Ibu merupakan salah satu papan tanda terbesar yang Tuhan telah pasang di bumi ini. Melalui rahmat dan kasih-Nya, mereka meneruskan kehidupan harian dengan kekuatan, kasih, konsistensi, pemulihan, dan perkataan yang tepat pada masa yang tepat. Penjagaan dan keberkesanan mereka dalam ribuan cara menunjukkan bahawa mereka bersandar pada Pencipta dan Penopang yang juga peduli. Dan apabila mereka gagal, ada yang lebih kuat, lebih sempurna dan boleh diharapkan.

Ibu yang mengasihi menunjukkan kita kepada Tuhan yang mengasihi dan itu adalah hak istimewa suci serta anugerah yang wajar menerima penghargaan, penghormatan, dan doa kita, bukan sahaja pada hari ini, tetapi untuk setiap hari.

Artikel ini diadaptasi daripada Parenting God’s Way oleh Alistair Begg.

Back to blog